Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, September 27, 2008

4 hari sebelum raya...

Dah nak raya rupanya...apa preparation yg aku dah buat ek. Baju kurung 2 helai dah ambik, tudung baru sehelai je dah beli (dari pkns)yg lagi satu tu belum beli..huhu, kasut/ sandal pun belum beli. Rasanya tu je utk diri sendiri...ala kadar jelah. Handbag baru, jam baru rasanya x payahlah.. walaupun mula2nya macam nak beli.

Hari ni kakak kata nak datang rumah buat mama carey tapi x nampak pun bayang die lagi...kalau aku, baik mula buat pagi2..petang boleh la nak rehat2..baca blog ke..hehe. Hampir terlupa, petang ni aku kena ikut Alyna ke kl kononnya teman die ambik baju kat Pertama Kompleks tapi sebenarnya nak melencong ke Jln TAR sekali, Sogo ke.. nak cari lagi tudung dubai tu. Kat pkns ni harganya RM35, kalau nak beli 2-3 helai sekali mahal la..cekup sehelai je hari tu. Kat Jln TAR mesti dapat kurang kan? kan kan.? Harapnyelah.

Rumah tak terkemas lagi...hari ni siapkan biskut, esok kemas terus. Kalau tak buat penat je, sure kotor semula lepas buat biskut. Apa lagi ye..oh duit raya utk anak2 buah aku yg ramai tu. Belum buat list lagi..rasanya patut list down nama2 diorang dlm laptop pinjam aku ni, next year tinggal update je kalau ade yang baru..hehe. Aku nak buat 2 kategori, kategori pertama utk anak2 buah yg dah bersekolah dan lagi satu belum bersekolah. Kalau semua nak bagi sama ..huhu banyak tu. Yang dah sekolah mestila kena lebih sikit, betul tak? Mesti korang tertanya2 berapa anak buah aku...haha. Aku sendiri pun tak ingat.. kena buat list dulu. Mesti la banyak kan? sebab kena buat list. Kalau setakat 10 orang main ingat2 je...kiki.

No comments: