Friday, October 31, 2008
P.S I love you...
"The story is based on Holly and her husband Gerry who passes away with a brain tumour. Holly, as many of us have found it hard losing others and this is no different. She stuggles to come to terms with what has happened to her. She recieves a call from her mother saying there is a note for her. It turns out her husband has left her notes that last 10 months. Each month a new one is opened with something different to help guide her to progress with her life 'without' him. "
Monday, October 27, 2008
Katak bawah tempurung
Sunday, October 26, 2008
baca baca baca
Su berjaya dapatkan map dan kitorang pun berjaya sampai ke sana dengan selamat...dgn itu x sia2 lah hari aku..Syukurlah sampai2 terus dapat parking betul2 depan bangunan TH tu..nilah rupanya hikmah kitorang tersesat jalan tadi tuh..hehe.
Sampai2 terpegun aku tgk byk gile buku...dgn harga yg boleh kata murah..Harga novel ranging from Rm10-20. Maka, bermulalah sesi pencarian aku...Since aku ade limited fund, aku cuma beli beberapa novel + 1 buku resepi. Plg banyak novel2 dan buku kanak2. Ini senarai buku yg aku dapat :
Sophie Kinsella - Shopaholic & baby, can you keep a secret
Jodi Picoult - Plain truth
Cecilia Ahern - PS i love you, if you could see me now
CS Lewis - The chronicles of Narnia ( RM15 je??? wau! even aku rasa ntah thn bile nak baca tapi beli je..haha)
Alex Goh - Creative making of cakes
Total spent = RM124
Saturday, October 18, 2008
Thursday, October 16, 2008
Tragedi di hujung minggu
Dipendekkan citer, ...huhu lama gak tunggu. Lepas tu ade la sorang lady ni yg entertain aku, kata nak check skin. Aku pun ..'oh okay'. Mula2 ingatkan pakai machine ke..rupanya main tengok2 gitu je..dan yg aku perasan sgt tu muka die xde la bersih pun...keh keh. Die promote la produk2 diorg tu. Aku pun duduk sopannn je dgn muka aku yg toye ni. Nak dapat facial free kan...layan jelah...Sebab kesian aku pun tanya2 la jugak pasal eye treament la...apa la..bla bla..sampailah masa die bawak masuk bilik. Bkn main excited aku..Dah siap baring tu, die mula letak krim atas mata aku...lps tu suh aku relax dulu..aku pun kata ok lah. Lps 15 min die dtg semula bersihkan semua...dia kata kat aku 'siap'. Aku pun tanya la balik. 'eh, tapi saya dtg utk buat facial free'..die jawab balik' 'nanti sy tanya bos'. Aku pun tunggu la dlm tu...tunggu punya tunggu takde gak..huh! aku pun siap2 terus keluar je..tengok balik kat invitation card tu rupanya free treatment bukan facial treatment ...erm...huwaaaaaa!!! kecewa!
Kuar2 dari situ, langit gelap gile..'nak hujan lebat ni', kataku dalam hati...eceh! cepat2 lari masuk dlm keta. Nak gi Giant terus. Tak lama lepas tu hujan turun lebat gile. Parking kat Giant plak x berbumbung. Tapi sebab ade payung dlm momo (nama keta aku) xde la risau sangat. Baru sekali guna payung tu, nilah masanya nak guna payung tu. Hujan memang lebat x ingat. Terkial2 aku bukak payung. Dgn hujan yg mencurah2.angin plak kuat, payung aku buat hal pulak...terbukak ke atas. Dah tu aku pun basah kuyup kat situ jugak. Pelik orang tengok, pegang payung tapi lencun. Masuk2 Giant ade plak pakcik tu tegur secara x langsung ' oh hujan lebat rupanya..' Dan aku baru terperasan tangan kiri aku berdarah..meleleh-leleh. Kelam kabut aku cari tisu. Nasib baik ade kedai suratkhabar mamak. Dia tengok aku simpati agaknya lepas tu bagi handiplast siap tlg bukak dan balut jari aku. Berbudi sungguh mamak ni. Aku ni yg kelam kabut payung jatuh lah..dah jatuh timpa atas bakul gula2 pulak. Bersepah gula2 kat lantai..huhu..kena kutip plak kat situ..Dah le kat kaunter, org lain beratur nak bayar aku dok perlecehkan diorang..sungguh malu aku..tapi buat muka cool je..hehe.
Dah siap bayar, aku pun cari la barang buat muffin & kek batik. Siap2 beli barang, mata aku ni gatal2 lak gi tgk tudung yg ade pengeras, ala..tudung yg main sarung je tu..tgk mcm cun je aku pakai..keke..ambik 2 helai...huh melayang lagi duit. Dapat tudung cepat2 aku blah! x nak tgk kanan kiri..karang ade aje benda yg aku terbeli...heh.
Monday, October 6, 2008
Hari Raya...
Pagi raya pertama, aku sambut kat rumah kak Mah di Bangi. Juadah kami pagi tu ialah nasi himpit, sambal kacang, rendang itik nyum nyum dan kuah lodeh.
Balik dari solat sunat raya, kami bersalaman dan bergambar macam selalu...cuma tahun ni bukan dekat kg. Kakak dan abg ali datang beraya sama2. Selepas zuhur barulah kami bertolak ke kampung. Sampai kg dah pun maghrib, letih sbb jalan agak jam...penuh dgn orang beraya. Lebih kurang 4 jam baru sampai. Patutnya 2jam stgh atau plg lewat 3 jam dah sampai. Malam tu tido awal la jwbnya. Esoknya barulah keluar beraya rumah Wak Long, nyai Tum dan mak Yah.
Diam tak diam, dah hampir dua tahun arwah bak meninggal tapi kami adik beradik tetap balik ke kampung utk berkumpul, melawat kubur arwah dan ziarah saudara mara. Sekarang ni yg jaga rumah tu abg Usuf. Biasanya die balik 2 minggu sekali tapi bulan puasa ni sebulan die di kampung, buat bisnes jual lemang kat Simpang 5. Tahun depan baru sekeluarga pindah terus ke kg lepas anak2 die tamat sekolah tahun ni. Senang la sikit nak uruskan pemindahan sekolah. Lagipun, ade yg ambik PMR dan STPM tahun ni. Bagus juga ade yg jaga rumah tu. Seronok sikit nak balik ke kg waktu2 cuti panjang...eheh ye la tu.
Saturday, September 27, 2008
4 hari sebelum raya...
Hari ni kakak kata nak datang rumah buat mama carey tapi x nampak pun bayang die lagi...kalau aku, baik mula buat pagi2..petang boleh la nak rehat2..baca blog ke..hehe. Hampir terlupa, petang ni aku kena ikut Alyna ke kl kononnya teman die ambik baju kat Pertama Kompleks tapi sebenarnya nak melencong ke Jln TAR sekali, Sogo ke.. nak cari lagi tudung dubai tu. Kat pkns ni harganya RM35, kalau nak beli 2-3 helai sekali mahal la..cekup sehelai je hari tu. Kat Jln TAR mesti dapat kurang kan? kan kan.? Harapnyelah.
Rumah tak terkemas lagi...hari ni siapkan biskut, esok kemas terus. Kalau tak buat penat je, sure kotor semula lepas buat biskut. Apa lagi ye..oh duit raya utk anak2 buah aku yg ramai tu. Belum buat list lagi..rasanya patut list down nama2 diorang dlm laptop pinjam aku ni, next year tinggal update je kalau ade yang baru..hehe. Aku nak buat 2 kategori, kategori pertama utk anak2 buah yg dah bersekolah dan lagi satu belum bersekolah. Kalau semua nak bagi sama ..huhu banyak tu. Yang dah sekolah mestila kena lebih sikit, betul tak? Mesti korang tertanya2 berapa anak buah aku...haha. Aku sendiri pun tak ingat.. kena buat list dulu. Mesti la banyak kan? sebab kena buat list. Kalau setakat 10 orang main ingat2 je...kiki.
Sunday, September 21, 2008
Sebelum raya...
Ade 10 hari je sebelum raya...Mesti ade jugak insan2 yg sibuk buat biskut raya sendiri termasuklah aku dan kak Lin...Orang mesti kata ' buat apa nak susah2 buat, kat kedai kan melambak' ataupun 'lecehlah nak kemas, beli lagi senang'..kalau diikutkan aku pun xdelah nak buat biskut raya ni. Tapi disebabkan kak Lin dgn budak2 ni beria nak buat biskut sendiri, nak tak nak kenalah tolong...tapi aku suka sebenarnya...rasa meriah je. Alasan kak Lin nak bagi makmentua die dan sebahagian lagi nak letak kat rumah..Dgn harga biskut yg tiap2 tahun naik, kalau beli banyak kena la belanja banyak. Jadi kami pagi2 dah mula buat (kecuali aku yg bangun lewat...hehe), dpatlah dlm 2 balang biskut kacang. Sebelah petang pulak kakak dan anak2 datang utk bagi bahan2 biskut dan tolong sekali. Kali ni buat biskut almond+kacang then salut coklat..dapat lagi 2 balang ...puas hatilah juga. Nilah rupanya..
Masa tengah2 bulan puasa ni, orang makin ramai yang berpusu2 ke shopping mall utk persiapan raya..kalau area Shah Alam ni pkns, SACC dan Plaza Alam Sentral jadi pilihan walaupun xla besar mana...rasa2nya x layak pun dipanggil mall..supermarket kot sesuai...apa2 pun banyak pilihan dan hari2 penuh sesak. Aku pun kat situlah cari tudung utk raya minggu lepas...pusing punya pusing akhirnya dapat sehelai tudung dubai...saja nak mencuba selalunya tu pakai tudung biasa2 je..ni disebabkan raya eheh..x salah nampak lain sikit. Dan hari ni aku saja datang balik nak cuci mata..hehe. Kebetulan janji berbuka puasa dgn kawan kat situ apa lagi...heh.
Dalam pukul 930, kami pun nak balik..Masa lalu Anggerik mall (shopping complex yg agak baru), jalan sesak gile..rupa2nya ade bazaar kat parking lot ...besar jugak..huh menyesal...tak tau pun..nak singgah dah malas sebab xde parking..kalau tak, boleh cari tudung utk baju raya yg satu lagi...huhu terpaksalah dengan berat hatinya terus balik.