Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, September 21, 2008

Sebelum raya...

Sempena masih dalam bulan puasa yg mulia ni, rasanya sempat lagi nak mengucapkan Selamat Berpuasa dan selamat menunaikan ibadah2 sunat yg lain. Semoga kita mendapat keberkatan sehinggalah Ramadhan seterusnya...amin.

Ade 10 hari je sebelum raya...Mesti ade jugak insan2 yg sibuk buat biskut raya sendiri termasuklah aku dan kak Lin...Orang mesti kata ' buat apa nak susah2 buat, kat kedai kan melambak' ataupun 'lecehlah nak kemas, beli lagi senang'..kalau diikutkan aku pun xdelah nak buat biskut raya ni. Tapi disebabkan kak Lin dgn budak2 ni beria nak buat biskut sendiri, nak tak nak kenalah tolong...tapi aku suka sebenarnya...rasa meriah je. Alasan kak Lin nak bagi makmentua die dan sebahagian lagi nak letak kat rumah..Dgn harga biskut yg tiap2 tahun naik, kalau beli banyak kena la belanja banyak. Jadi kami pagi2 dah mula buat (kecuali aku yg bangun lewat...hehe), dpatlah dlm 2 balang biskut kacang. Sebelah petang pulak kakak dan anak2 datang utk bagi bahan2 biskut dan tolong sekali. Kali ni buat biskut almond+kacang then salut coklat..dapat lagi 2 balang ...puas hatilah juga. Nilah rupanya..



Masa tengah2 bulan puasa ni, orang makin ramai yang berpusu2 ke shopping mall utk persiapan raya..kalau area Shah Alam ni pkns, SACC dan Plaza Alam Sentral jadi pilihan walaupun xla besar mana...rasa2nya x layak pun dipanggil mall..supermarket kot sesuai...apa2 pun banyak pilihan dan hari2 penuh sesak. Aku pun kat situlah cari tudung utk raya minggu lepas...pusing punya pusing akhirnya dapat sehelai tudung dubai...saja nak mencuba selalunya tu pakai tudung biasa2 je..ni disebabkan raya eheh..x salah nampak lain sikit. Dan hari ni aku saja datang balik nak cuci mata..hehe. Kebetulan janji berbuka puasa dgn kawan kat situ apa lagi...heh.

Dalam pukul 930, kami pun nak balik..Masa lalu Anggerik mall (shopping complex yg agak baru), jalan sesak gile..rupa2nya ade bazaar kat parking lot ...besar jugak..huh menyesal...tak tau pun..nak singgah dah malas sebab xde parking..kalau tak, boleh cari tudung utk baju raya yg satu lagi...huhu terpaksalah dengan berat hatinya terus balik.

No comments: