Pagi raya pertama, aku sambut kat rumah kak Mah di Bangi. Juadah kami pagi tu ialah nasi himpit, sambal kacang, rendang itik nyum nyum dan kuah lodeh.
Balik dari solat sunat raya, kami bersalaman dan bergambar macam selalu...cuma tahun ni bukan dekat kg. Kakak dan abg ali datang beraya sama2. Selepas zuhur barulah kami bertolak ke kampung. Sampai kg dah pun maghrib, letih sbb jalan agak jam...penuh dgn orang beraya. Lebih kurang 4 jam baru sampai. Patutnya 2jam stgh atau plg lewat 3 jam dah sampai. Malam tu tido awal la jwbnya. Esoknya barulah keluar beraya rumah Wak Long, nyai Tum dan mak Yah.
Diam tak diam, dah hampir dua tahun arwah bak meninggal tapi kami adik beradik tetap balik ke kampung utk berkumpul, melawat kubur arwah dan ziarah saudara mara. Sekarang ni yg jaga rumah tu abg Usuf. Biasanya die balik 2 minggu sekali tapi bulan puasa ni sebulan die di kampung, buat bisnes jual lemang kat Simpang 5. Tahun depan baru sekeluarga pindah terus ke kg lepas anak2 die tamat sekolah tahun ni. Senang la sikit nak uruskan pemindahan sekolah. Lagipun, ade yg ambik PMR dan STPM tahun ni. Bagus juga ade yg jaga rumah tu. Seronok sikit nak balik ke kg waktu2 cuti panjang...eheh ye la tu.
No comments:
Post a Comment